Promosi Potret Keluarga & Kawan-kawan untuk Hari Raya 2010

Gambarkan! Baju raya yang telah anda tempah untuk Aidilfitri yang menjelang sudah pun siap dan untuk segelintir, ada pula yang dah beres berbulan-bulan yang lalu. (ahah) dan waktu persiapan untuk Hari Raya tentunya memakan banyak masa dan tenaga lebih-lebih lagi sambil berpuasa dalam bulan Ogos nanti. Anda ada juga simpan gambar studio waktu raya yang lepas tetapi dah bertahun dah berlalu… Sekarang telah dikurniakan cahaya mata baru, anak-anak dah membesar dan ide untuk mengambil gambar yang baru bagaikan suatu ide yang… COOL!
Maknanya sudah masa untuk anda membaca lagi sampai ke habis tentang apa Shotsense ingin berikan!
Bilakah waktu yang terakhir anda membayar kurang dari $1,000 dan anda dapat membawa pulang cetakan atas kanvas? Takper, kita ubah soalan tu lagi…
Bilakah waktu yang terakhir anda membayar kurang dari $500 dan anda dapat membawa pulang cetakan atas kanvas?…….
Bilakah waktu yang terakhir anda membayar kurang dari $400 dan anda dapat membawa pulang cetakan atas kanvas? Ahah! (ya, saya suka sangat cakap ‘ahah’)

Kami ada PROMOSI yang bagus untuk menawar kepada anda sekeluarga untuk Hari Raya dan harganya adalah tawaran yang susah untuk ditolak! Hanya $250!
Ya, anda telah membaca dengan betul. Takde belit-belit cuma mata kelip-kelip $250 kerana:
- Gambar anda yang anda pilih untuk kanvas panorama 12″ x 24″ (30cm x 61cm) lebih memuaskan dari cetakan 8R
- Kanvas ini tidak bersempadan dan dilipat ke belakang, oleh itu lebih ringan dari yang berbingkai dan tak usah bersusah payah mengenakan warna dengan perabot
atau hiasan di rumah dan ia juga senang untuk digantung! - bukan hanya anda boleh memperolehi kanvas yang professional dan bertahan lama, malah, kami juga memberi anda sehingga 10 cetakan gambar yang terpilih
dalam saiz 4R (4×6) - bukan hanya anda boleh memperolehi kanvas dan 10 cetakan gambar dalam saiz 4R, anda juga akan diberikan dalam bentuk soft copy kesepuluh gambar yang telah dipilih untuk anda pergi cetak
lagi atau berkongsi bersama semua di lelaman web - Ke-10 gambar-gambar itu tak semestinya termasuk yang dipilih untuk cetakan kanvas, bermakna anda dapat 11 gambar yang akan di proses dan dicantikkan mengikut ala gambar-gambar kami
- 1 jam bergambar memang sudah cukup untuk memetik lebih kurang 30 – 50 gambar yang kemudian akan anda pilih
- sesi luar atau dalam studio hanya semata citarasa dan pilihan masing-masing
- 7 ahli keluarga dan rakan-rakan memnaglah berbaloi
- kita faham Hari Raya adalah hari yang berbahagia dan berkongsi kegembiraan dan rezeki, jadi, kami sebagai orang berkeluarga juga memahami tanggungjawabnya dan kelengitannya
membuat persiapan untuk hari yang mulia itu… - ada lebih lagi yang ingin ditawarkan!
Ya! (lagi… ahah) Kami ada lebih untuk ditawarkan. Betul!
Jika anda fikir 12″ x 24″ (30cm x 61cm) kanvas panaroma bukan untuk ada dan anda lebih meminati resolusi yang convensional,
Anda boleh memilih kanvas size 16″ x 24″ (41cm x 61cm) untuk harga tambahan $50 sahaja. Bermakna, untuk $300, anda dapat menikmati segalanya yang ditera di atas melainkan saiz kanvas yang beza.

Promosi ini ditawarkan kepada semua yang ingin sesi gambaran mereka di jadualkan di Singapura sahaja. Jika anda ingin pergi ke Mandai Zoo untuk bersesi, silakan! Kita buat! Asalkan janji dapat masukkan kami ke dalam, kita OK GO! Kalau anda ingin ke Sentosa, Pulau Ubin, St John’s Island, Kusu Island, Lazarus Island, Jurong Island pun kita ok asalkan kita dibawa masuk dengan cara yang HALAL!
Sekarang di minda anda mungkin ada soalan. Nak buat sesi luar ke dalam rumah? Jawapannya: Terpulang kepada diri masing-masing :)
Di dalam rumah, anda dapat keselesaan berada di rumah sendiri. Ya, kita akan ke rumah anda! (jadi kena buat goreng pisang ke jempot-jempot ke… hehe…) Anak-anak atau warga emas mungkin lebih selesa bergambar dirumah. Kaum wanita tak perlu risau tentang solekan kerana bilik dengan cermin dah dekat depan mata. Anda tak perlu berlengas di dalam matahari atau berbasah dek hujan yang turun secara tetiba. Tetapi, sudah tentu anda harus berkemas-kemas sedikit kalau inginkan sesi fotografi di dalam suasana rumah.
Luar Rumah?
Kita suka benar amik gambar kat luar! Tetapi kalau hujan turun tanpa di undang dan rosak program, kita boleh selalu plan. Kami open! Pihak perempuan tak perlu khuatir tentang solekan, Lis dulu pernah kerja solek kan badut dalam sarkis… tapi betul, jika anda perlukan pertolongan untuk sesi tersebut, kita rela membantu.
Senang kata, terpulang kepada masing-masing. Tetapi, kalau nak kedua-duanya sekali, contohnya, di rumah, sesi bersama Mak dan Ayah, Suami, Isteri dan 3 orang anak… dan untuk sesi di luar, si warga emas Mak dan Ayah cakap mereka nak relaks kat rumah, “engkorang pergi jerlah enjoy anak-beranak”, Ni semua boleh diajak berbincang dan berancang.

Lagi satu soalan mungkin bertanyakan fasal lebih dari 7 kepala. Bagaimana?
Kalau ada lebih dari 7 yang telah ditetapkan hadnya, cuma tambah $50 sahaja untuk satu kepala tambahan. Sila beritahu kami jika anda ada beberapa perkara yang mungkin
berbeza dari biasa. Kita boleh berunding.
Scenario begini bagaimana? Saya seorang suami yang inginkan potret keluarga, bersama isteri, ibu tunggal si isteri, ibu bapa saya, dan adik saya suami isteri. Kira ok ke tak kalau ambil pakej $250 / $300 ni?
Jawapan: YA!!! Asalkan tak melebihi 7 orang satu sesi, pakej $250 atau $300 masih boleh dipilih.


Lagi satu soalan: Kalau kita nak tukar baju 2, 3 set harga dia sama jugak eh?
Ya dan tidak. (huh??)
Ya, jikalau anda boleh tukar dalam masa waktu yang ditentukan. Jika anda rasa 1 jam macam tak cukup gitu, sebab anda nak tukar berbagai macam pasang baju, anda inginkan sesi laur dan dalam rumah, anda boleh berbincang dengan kami dan kami akan uruskan segalanya yang anda inginkan. Kerana kepuasan anda adalah matlamat pencapaian kami.
Macam banyak lagi soalan gitu: Saya nak saiz kanvas yang berlainan dan saya nak…
Mengapa tidak? Kami ada pilihan Ala Carte untuk pelbagai saiz cetakan dan design. Kalau nak, kita boleh designkan kad raya custom untuk anda. Anda namakan jer.. kalau kita ada, awak boleh ada!

Soalan gambar dalam soft copy: Apakah resolusi yang akan diberikan untuk 10 gambar pilihan itu dan dalm segi format apa?
1280px x 960px… lebih kurang. Boleh cetak gambar sebesar 5×7 (5R).
Menagapa tidak diberikan resolusi tinggi atau dalam bentuk format RAW?
Kami memegang copyright jurugambar akan gambar-gambar kami kecuali jika pelanggan kami mebayar premium untuk membeli gambar ber resolusi tinggi. Negatif Digital boleh dibeli secara individu atau album yang diingini. Setelah bayaran telah dilunaskan, kita akan berkongsi hak cipta terpelihara dan anda boleh buat apa yang anda fikir terbaik untuk gambar-gambar anda.
Adakah cap atau logo Shotsense akan dicetak sekali di atas kanvas itu atau gambar-gambar kami?
Kalau awak nak ok jugak! Tapi jangan bimbang, kita tak buat demikian. Kita akan sentiasa jadi halus dari mata kasar.. (tolong translatekan invisible…)
OK, cukup dengan soal jawab di sini… Anda boleh membaca lebih banyak soalan lagi di sini. Ada juga yang tertanya-tanya adakah kita mampu menggambarkan 30 orang? emel kan soalan-soalan atau tetapkan tarikh untuk sesi fotografi anda ke engage@shotsense.sg atau shotsense@gmail.com. Anda boleh menalipon kami di talian hubungan hotline: 9 00 22 5 44 dan dengarkanlah suara merdu, Azlie. Kalau tak hingin nak dengar suara merdu, anda boleh dengarkan suara seksi Lis. Kalau tu pon tak hingin, anda boleh berbual dengan anak lelaki kami yang berumur 21 bulan, Armand dan dengarkan bahasa dia yang mungkin dalam loghat German.
Update: Bookings for 31st July till 6 August are already FULL. We are filling in for 8 Aug and 9 Aug really fast. (Sorry tidak ada kesempatan untuk translate semua di bawah kerana tersangatlah sibuk dengan panggilan dan emel.
Bookings are easy.
- Just call us at 9 00 22 5 44 and clarify whatever is in your heart and mind. We will cater the BEST solution for your investment!
- Email us your confirmation in writing, we will confirm it by acknowledging your email and the account to transfer the deposit as a sign of confirmation for the date!
- Wait for us at the doorstep of YOUR HOME! Yes we will cover the 1.5 hours at both your home and near an interesting place somewhere within your premises!
THAT’s IT! 3 special steps (like Disney’s Special Agent OSO! If you watch Playhouse Disney as much as our kids, you’ll get what we mean) for special rates! and within 2 – 3 weeks, your prints will be ready!!
Still not convinced? Here is our promotional rate cards valid till only 17 Sept 2010 just a week after Hari Raya! Hari Raya is valid for a month anyway, and some of you might still have time to showcase your family portraits before Hari Raya ends!

Di sini ada segelintir gambar portrait yang kami petik:
Terima kasih kerana membaca artikel promosi ini dan kita macam tak sabar ni nak petik-petik kamu semua…. Oh… Jangan lupa sebarkan berita ni kepada semua yang berhajat k…








































RSS
Delicious
Digg
Facebook
Linkedin
Twitter